Tuesday 20 November 2012

T-Team ikat 'tiga serangkai'


Kuala Terengganu: T-Team yang kini dikenali sebagai The Titans sah mengikat Peter Butler sebagai ketua jurulatih baru skuad itu bagi menghadapi Liga Malaysia, musim depan.

Selain Butler yang dilantik sebagai ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan, T-Team turut menandatangani kontrak jurulatih kecergasan, Sebastian Knapic dan pemain import yang juga bekas bintang Belanda, George Boateng. Pengendali berbangsa Inggeris berusia 46 tahun itu berkata, dia sudah bersedia untuk cabaran membentuk pasukan baru dalam kancah Liga-M musim depan. 

Saya suka membuat perkara baru dan T-Team adalah pasukan bagus. Saya rasa ia sangat sesuai nama pasukan baru dipanggil The Titans, katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani kontrak di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Majlis itu disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mazlan Ngah. Hadir sama Timbalan SUK (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh.

Butler berkata, beliau perlu bekerja keras untuk membina pasukan yang kuat dalam tempoh enam bulan.

Kejayaan tidak berlaku dalam masa singkat dan saya mahu membina pasukan ini menjadi pasukan yang digeruni, katanya. 

Butler menegaskan, kehadiran Boateng bagus buat pasukan kerana beliau adalah pemain tengah terbaik yang mempunyai pengalaman luas beraksi di Liga Eropah.


No comments:

Post a Comment