Tuesday 6 November 2012

8 Kelebihan Membuat Blog yang patut anda tahu !!!

Salam Sejahtera kepada pengunjung Blog HighWay Misteri,

Apa Khabar? saya harap anda semua sihat sejahtera
disamping keluarga tersayang..

Apakah Kelebihan Blog ?

Di bawah ini saya senaraikan 8 kelebihan utama yang wajib anda tahu berkenaan blog:

1.Penghubung

Ia merupakan teknik yang efisyen dan kos-efektif untuk mengiklan maklumat dan kepakaran mengenai bisnes anda kerana ia merupakan penghubung dengan komuniti yang besar. Ini sangat membantu bagi bisnes yang kecil, di mana mereka tidak mampu untuk melabur di dalam memasarkan produk atau servis.

2.Komunikasi Secara Terus

Ia menyediakan sumber komunikasi secara terus dengan pelanggan atau pengunjung blog, di mana mereka bebas meluahkan idea, pertanyaan atau pengalaman berkenaan dengan sesuatu komoditi atau topik. Dengan cara ini, penerbit atau 'tuan punya blog' akan mendapat gambaran dari pelabgai cadangan, pendapat dan boleh membuat beberapa perubahan di dalam proses pengeluaran.


3.Masa Nyata (Real time)

Blogging membolehkan sesiapa sahaja berdebat atau berdiskusi secara 'on-the-spot'. Anda tidak perlu menunggu keesokan harinya untuk membaca keratan akhbar. Pihak pengiklanan boleh membuat perubahan dengan segera dan memberitahu kepada pembaca mengenai sebarang perubahan.


4.Pendapat Yang Demokratik

Tidak ada halangan bagi sesiapa pun untuk membuat 'post', melainkan jika menyebabkan pembaca lain tersinggung. Melalui blog,anda akan mendapat pandangan yang berbeza dan mengelakkan idea yang berulang-ulang daripada respon yang diterima bagi sesuatu produk atau servis. Dengan ini juga, ia mengikut konsep demokrasi di dalam sumber informasi.


5.Search Engine Optimization (SEO)

Blogging menggunakan teknik SEO dapat membantu meningkatkan kedudukan dalam enjin carian atau 'Search Engine'. Ini sedikit sebanyak meningkatkan populariti sesebuah blog tersebut, dengan memaparkan hasil carian untuk 'keyword' yang spesifik apabila pengguna menaip di dalam kotak carian (search box). Oleh sebab itu, kebanyakan blog mempunyai 'keyword' yang berulang. Ini akan menyebabkan hasil enjin carian yang lebih positif dan meningkatkan keuntungan.


6.Penerbitan Yang Pantas

Usahawan sesuatu bisnes menggunakan teknik blogging ini untuk menyatakan atau meluahkan kepakaran, pandangan, dan pengetahuan dengan jelas kerana ianya merupakan alat atau 'tools' yang pantas dan mudah. Dalam pada itu, banyak syarikat yang menyediakan tips untuk blogging secara online untuk  memulakan proses tersebut. Ia adalah mudah bagi pengunjung blog untuk melayari blog dan memberikan idea atau pertanyaan.


7.Penjimatan Kos

Blogging juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai. Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk. Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau pengunjung blog memberi maklum balas.


8.Reputasi

Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi, blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat. Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat, membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung atau berharap.

Itu saja dari saya kali ini..

Terima Kasih..


(credit to: Mohamad Rosaidi)

No comments:

Post a Comment